Majlis Daerah Keningau Keningau

Berikut merupakan fakta-fakta yang boleh diungkapkan dengan kewujudan Bandar Keningau dan serba sedikit mengetahui tarikh-tarikh Keningau ditubuhkan.

  • 2002 - Keningau diisytiharkan sebagai Bandar tetapi ramai penduduk masih menganggap Keningau sebagai pekan atau daerah. Manakala pentadbiran mengikut format lama iaitu Majlis Daerah Keningau (MDK) walaupun telah dikenali sebagai bandar
  • 2006 - Lebuhraya Kimanis-Keningau dibuka kepada semua pengguna dan lebuhraya ini mempunyai jarak yang singkat ke Kota Kinabalu berbanding Laluan Persekutuan Malaysia 500
  • 2010 - Menaik taraf jalan raya sepanjang 7.4 km yang di kenali sebagai Laluan Persekutuan Malaysia 500 dari Hospital Keningau hingga ke Jalan Tenom (melintasi bulatan ke Papar).
  • Julai 2010 - Keningau Mall dibuka secara rasmi dan ia adalah pusat beli belah yang pertama di Keningau
  • 2011 - Menaik taraf Stadium dan Kompleks Sukan Keningau menjelang Sukan Sabah (SAGA)
  • 2012 - Kerja-kerja membina dan menaik taraf Lebuhraya Tawau-Keningau dengan bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT)
  • Januari 2013 - Panggung wayang kecil telah dibuka di Keningau Mall, panggung wayang kecil itu adalah panggung wayang kedua di Keningau,setelah panggung wayang lama yang berhampiran pejabat pos ditutup.
  • 2013 - Pembinaan taman-taman perumahan di sekitar bandar Keningau
  • Julai 2014 - Keningau direkodkan sebagai bandar pertama yang mengalami kesesakan lalu lintas yang agak serius berbanding dengan Kota Kinabalu menjelang Hari Raya Puasa.
  • 21-23 Disember 2015 - Keningau sekali lagi direkodkan sebagai bandar ketiga yang mengalami kesesakan lalu lintas yang agak serius selama 3 hari berturut-turut menjelang perayaan Hari Natal 2015.
  • 31 Disember 2015 - Keningau juga mengalami kesesakan lalu lintas menjelang Tahun Baru 2016.
  • 1 Januari 2016 - Setelah mengalami kesesakan lalu lintas yang serius, sesetengah masyarakat Keningau membuat laporan kepada Majlis Daerah Keningau (MDK) agar menaik taraf jalan di sekitar Bandar Keningau agar dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas pada masa akan datang
  • Disember 2017 - Keningau dipilih sebagai tuan rumah buat kali kedua bagi Sukan Sabah (SAGA) kali ke-9 setelah memenangi Sukan Sabah (SAGA) kali ke-8 yang diadakan di Sandakan.

Rujukan

WikiPedia: Keningau http://dialograkyat.blogspot.com/2010/12/keningau-... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18615 //scholar.google.com/scholar?q=%22Keningau%22 //www.google.com/search?&q=%22Keningau%22+site:new... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Kenin... //www.google.com/search?q=%22Keningau%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Keningau%22... http://www.tahanlama.com.my/Malaysia+History http://www.sabah.gov.my/md.kgu/index.php?lang=en http://www.sabah.gov.my/pd.kgu/